Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Kumpul Kad SIM Terpakai, Lelaki Berjaya Jual 191 Gram Emas
Seorang lelaki dari China mencuri perhatian ramai selepas berjaya mengekstrak 191 gram emas daripada kad SIM terbuang, lapor South China Morning Post (SCMP).
Pada 20 Januari, Qiao, lelaki berasal dari Huizhou, wilayah Guangdong telah memuat naik sebuah video yang mempamerkan proses penapisan emasnya.
Video tersebut tular dan meraih lebih lima juta tontonan.
Dalam klip tersebut, Qiao menuangkan kad SIM terpakai ke dalam tong berisi bahan kimia.

Dia kemudian mengekstrak lumpur emas melalui beberapa tindak balas, termasuk kakisan, penggantian dan pemanasan.
Selepas proses penapisan dan pemanasan, Qiao memperoleh 191 gram emas bernilai hampir 200,000 yuan (hampir RM114,000).

Kata Qiao sewaktu memberitahu Xiaoxiang Morning Post, dia menggunakan hampir dua tan bahan buangan untuk menapis emas itu, yang bukan hanya datang daripada kad SIM tetapi campuran sisa cip dalam industri elektronik telekomunikasi.
Media China melaporkan bahawa satu kad SIM standard biasanya mengandungi kurang daripada 0.001 gram emas.
Bahan buangan lain yang mengandungi emas, seperti cip kad bank dan komponen sentuhan peranti komunikasi, juga boleh dikitar semula.
Bagaimanapun, lelaki itu memberi amaran terhadap risiko keselamatan dalam proses berkenaan.
Untuk makluman, Qiao digelar “Ahli Akimia” oleh ramai pengguna media sosial di China
"Saya secara sah menapis sisa elektronik tertentu dengan pensijilan, dan tujuan saya adalah untuk berkongsi kemahiran," katanya.