Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kagum, Daripada 50 Pek Kerani Sekolah Jana Ratusan Ribu Ringgit Sebulan Hanya Jual Pekasam Daging

Siapa sangka bisnes kecil-kecilan mampu jana ratusan ribu ringgit? Mesti ramai daripada kita ni teringin nak miliki pendapatan lumayan setiap bulan. Tapi, kalau tak usaha daripada duit tu nak datang? Jatuh daripada langit?

Zaman semakin maju ni, kita boleh tengok dekat semua platform pun orang boleh buat duit. Instagram, Facebook, Shopee dan sebagainya. Cuma nak dengan tak nak je. Kita ni bila tengok orang lain kongsi rahsia kejayaan, mulalah rasa iri hati. Tak pernah kita terfikir susah-payah dorang nak sampai ke tahap tu. Bukan senang nak jadi senang. Allah tu pun mahal adil.

Kalau kita duduk saja, macam mana Dia nak bagi?

via GIPHY

Korang patut baca kisah kerani yang mampu jana ratusan ribu ni hanya dengan jual pekasam. Rasa bangga bila bangsa kita sendiri, wanita pula tu ‘menakluki’ industri perniagaan. Sedikit sebanyak boleh jadi contoh buat anak-anak muda. Tiada benda yang mustahil.

Puan Balkis Mohd Soib pemilik Pekasam Daging Hakak Maneh dari Bagan Serai, Perak yang dahulunya hanya seorang kerani sekolah biasa berjaya buat ratusan ribu ringgit dengan menjual pekasam daging secara part time. Fuhh, macam tak percaya.

Semua ini bermula selepas dia menghadiri Millionaire Marketing Mastery daripada Dr Azizan Osman sejak awal 2018. Cerita ini digarap terus daripada penulisan Dr Azizan sendiri.

Menurut perkongsian Puan Balqis bersama Dr Azizan, dia mengakui tidak pernah ada sejarah berniaga sebelum ini tapi suka tengok pengisian video Dr Azizan dan tekad untuk mula berniaga berbekalkan ilmu yang ditonton.

Hebat Puan Balqis ni. Tak ramai yang tekad nak ubah hidup macam ni.

Tak sangka daripada hanya nak cuba-cuba, 50 pek pekasam daging pertama habis terjual. Sejak itu, bermulalah perjalanan Puan Balqis sebagai usahawan part time yang tak pernah muak belajar berniaga melalui video-video percuma Dr. Azizan.