Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kain Ihram Terpakai Kini Boleh Disumbangkan Menerusi Program Haji Lestari TH

PROGRAM
Tabung Haji

Kain Ihram Terpakai Kini Boleh Disumbangkan Menerusi Program Haji Lestari TH

Tabung Haji (TH) mengajak orang ramai, khususnya jemaah haji dan umrah, menyumbangkan kain ihram yang masih dalam keadaan baik menerusi Program Haji Lestari Fasa 2 bagi menyokong usaha kelestarian alam sekitar dan mengurangkan pembaziran.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, TH berkata, kain ihram yang disumbangkan itu akan dikitar tinggi (upcycle) untuk dijadikan produk baharu yang memberi manfaat kepada lebih ramai jemaah pada masa hadapan.

Kredit: Tabung Haji

Menurut TH, inisiatif tersebut membolehkan setiap helaian kain ihram terus dimanfaatkan walaupun selepas selesai ibadah haji atau umrah, sekali gus menjadi kesinambungan amalan kebajikan.

Katanya, bermula Ogos 2026, orang ramai boleh menyerahkan kain ihram terpakai di semua Pejabat TH di seluruh negara menerusi Kotak Haji Lestari yang disediakan.

“Pastikan kain ihram bersih dan masih dalam keadaan baik sebelum dilipat dengan kemas dan dimasukkan ke dalam Kotak Haji Lestari di Pejabat TH berhampiran,” ujarnya.

TH berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha memupuk budaya kelestarian dalam kalangan jemaah di samping menggalakkan penggunaan semula bahan yang masih boleh dimanfaatkan.

Menurutnya, orang ramai hanya perlu mengenal pasti lokasi Pejabat TH berhampiran sebelum menyerahkan kain ihram yang memenuhi syarat untuk diproses menjadi produk baharu.

“Bersama kita jadikan setiap helaian kain ihram sebagai kesinambungan amal dan tanggungjawab terhadap alam,” katanya.

Intipati
  • TH mengajak jemaah menyumbangkan kain ihram terpakai yang bersih dan masih baik.
  • Sumbangan itu akan dikitar tinggi menjadi produk baharu untuk manfaat jemaah kelak.
  • Mulai Ogos 2026, kain boleh diserahkan melalui Kotak Haji Lestari di Pejabat TH.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan