Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kali Terakhir Meletus 1,800 Tahun Lalu, Saintis New Zealand Tingkatkan Amaran Gunung Berapi Taupo

Syed Faisal Sayed Muhammad
New Zealand Tingkatkan Amaran Gunung Berapi Taupo
Gambar: EarthSky

Kali Terakhir Meletus 1,800 Tahun Lalu, Saintis New Zealand Tingkatkan Amaran Gunung Berapi Taupo

Saintis New Zealand pada Selasa (20 September) meningkatkan tahap amaran bagi gunung berapi di bawah tasik terbesar di negara itu, yang menyebabkan letusan terbesar di bumi dalam tempoh 5,000 tahun lalu dengan kali terakhir meletus kira-kira 1,800 tahun lalu. lapor CNA.

Dalam satu kenyataan, agensi geologi GeoNet berkata, ia telah mengesan hampir 700 gempa bumi kecil di bawah Tasik Taupo, kaldera yang terbentuk oleh gunung berapi gergasi itu, dan telah menaikkan tahap amaran gunung berapi daripada 0 kepada 1.

Sistem amaran gunung berapi adalah berdasarkan enam tahap pergolakan yang semakin meningkat, tetapi GeoNet menyatakan bahawa letusan mungkin berlaku pada mana-mana peringkat dan tahap Kerana ia mungkin tidak bergerak mengikut urutan disebabkan aktiviti boleh berubah dengan cepat.

Gunung berapi Taupo memuntahkan laharnya lebih daripada 100 kilometer padu bahan ke atmosfera apabila kali terakhir meletus sekitar 200 SM, memusnahkan kawasan besar di tengah Pulau Utara New Zealand dalam tempoh sebelum habitasi manusia.

GeoNet berkata, letusan itu adalah yang terbesar di planet ini dalam tempoh 5,000 tahun yang lalu dan ini adalah pertama kali ia menaikkan tahap amaran Gunung Berapi Taupo itu kepada 1. Tetapi ini bukan kali pertama ia berlaku dan letusan masih kekal sangat rendah.

“Gempa bumi dan perubahan bentuk boleh berterusan untuk beberapa minggu atau bulan akan datang,” kata kenyataan GeoNet.

New Zealand melintasi sempadan antara plat tektonik Pasifik dan Australia yang mempunyai gunung berapi dan gempa bumi yang ketara.

Pada tahun 2019, Pulau Putih atau dikenali sebagai Whakaari, secara tiba-tiba meletus memuntahkan wap dan abu. Letusan itu telah mengorbankan 22 orang dan mencederakan 25 orang yang kebanyakannya merupakan pelancong.

Sumber: CNA

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang