Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Kami Sedang Menunggu Awak,” Messi Terima Nota Ugutan, Kedai Runcit Milik Keluarga Ditembak
Lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan pada Khamis lalu di sebuah pasar raya dimiliki keluarga mertua Messi telah meninggalkan nota ugutan kepada Messi.
Menurut Washington Post, penjenayah itu meninggalkan nota dengan menyatakan bahawa mereka sedang “menunggunya”.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian pada awal pagi di pasar raya Unico di Rosario, kampung halaman Messi kira-kira 190 batu barat laut Buenos Aires.
Pasar raya itu dipercayai dimiliki oleh keluarga isteri Messi iaitu Antonela Roccuzo.
Berdasarkan laporan, polis berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan sekurang-kurangnya sedozen das tembakan ke dalam bidai besi kedai dan pintu depan.

Penjenayah turut meninggalkan mesej di sekeping kadbod sambil berkata: “Messi, kami sedang menunggu awak. Javkin (Datuk Bandar Pablo) adalah pengedar dadah, jadi dia tidak akan melindungi kamu.”
Satu lagi laporan tempatan, melalui Mirror berkata mereka membuat spekulasi bahawa penyokong bagi bola sepak Argentina mungkin dalang di sebalik serangan itu.
Stesen TV tempatan turut melaporkan bahawa lelaki bersenjata itu kemungkinan cuba memeras wang daripada pemain tersebut.
Kedai itu dipercayai diusahakan oleh sepupu kepada isteri Messi, salah satu rangkaian yang dikendalikan oleh keluarga Roccuzzo di Rosario sejak 1980-an.
“Tiada perkara seperti ini pernah berlaku sebelum ini. Saya sedang menonton televisyen apabila saya mendengar tembakan sekitar jam 3 pagi.
Semua jiran di blok itu pergi ke luar untuk melihat apa yang telah berlaku,” kata seorang saksi yang memberitahu El Pais.
Serangan itu dengan pantas telah mendapat liputan antarabangsa dan tidak lama kemudian bertukar menjadi perbincangan politik.
Rosario didakwa telah menjadi salah satu tempat paling berbahaya di Argentina, dengan lebih daripada 280 pembunuhan pada 2022.
Data itu didedahkan oleh bekas setiausaha keselamatan Argentina, Eugenio Burzaco.
“Kemerosotan yang ketara bagi kemusnahan salah satu bandar utama negara itu adalah disebabkan oleh kemaraan mafia dadah yang kini menguasai wilayah itu,” katanya dalam podcast baru-baru ini.
Sumber: Washington Post