Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kamu Buat Kami Semua Bangga,” Kecekapan Staf Hospital Langkawi Dipuji, Dr Noor Hisham Titip Ucapan Tahniah

Tidak dapat disangkal lagi bahawa petugas barisan hadapan sememangnya berperanan penting dalam membantu mengurangkan jangkitan kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini.

Petugas perubatan khasnya sentiasa bersedia untuk membantu orang ramai dalam apa jua keadaan sehingga mereka dipuji oleh masyarakat dunia.

Terbaru, kiriman seorang lelaki di Facebook ini mendapat perhatian ramai apabila beliau memuji kecekapan dan khidmat yang diberikan oleh petugas-petugas perubatan di Hospital Langkawi, Kedah.

Menurut Paul Penders, beliau dilayan dengan sangat baik dan semua keperluannya dipenuhi.

Paul berterima kasih kepada semua petugas di hospital terbabit.

Menariknya, kirimannya itu juga mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang juga mengucapkan tahniah kepada staf di Hospital Langkawi.

Sumber: Paul Penders