Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Terbaring Di Kawasan Loji

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan loji di Taman Juara Jaya, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun itu ditemukan orang awam pada kira-kira pukul 9.40 pagi.

“Ketika ditemui kanak-kanak itu lengkap berpakaian baju-T warna merah dan berseluar putih, tidak memakai selipar dan dalam keadaan terbaring dalam kawasan loji itu, namun tiada sebarang butiran maklumat diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kajang untuk jalani pemeriksaan dan rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat akan kanak-kanak hilang boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau balai polis berhampiran.

— BERNAMA