Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kanak-kanak Selamat ‘Landing’ Selepas Sembunyi Dalam Ruang Gear Pendaratan Pesawat
Seorang kanak-kanak lelaki warga Afghanistan dilaporkan nekad menyelinap masuk ke dalam ruang gear pendaratan sebuah pesawat komersial dari Kabul ke New Delhi.
Menurut pihak berkuasa India, kanak-kanak itu yang dianggarkan berusia 13 tahun, ditemui sedang berjalan sendirian di kawasan landasan berhampiran lokasi pesawat KAM Airlines itu mendarat pada pagi Ahad.
Pasukan Central Industrial Security Force (CISF) India memaklumkan hasil soal siasat mendapati kanak-kanak berkenaan berasal dari Kunduz, sebuah wilayah di utara Afghanistan.
Dia mengakui menyembunyikan diri di bahagian “rear central landing gear” pesawat sepanjang penerbangan yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah itu.
Selain itu, pihak berkuasa juga menemui sebuah pembesar suara kecil berwarna merah yang dipercayai dibawa masuk bersama ke ruang berkenaan. Pada hari sama, kanak-kanak itu kemudiannya dihantar pulang semula ke Afghanistan.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada 2019, lebih 77 peratus individu yang cuba menyusup masuk ke ruang gear pesawat berakhir dengan kematian.
Ini kerana ruang berkenaan amat sempit sehingga boleh menghimpit tubuh, selain kekurangan oksigen apabila pesawat berada pada altitud tinggi.
Keadaan bertambah buruk apabila suhu persekitaran boleh menjunam ke tahap melampau, sekali gus menyebabkan risiko radang dingin (frostbite) dan hipotermia.
BACA: Tular Detik Cemas Arus Deras Musnahkan Jambatan, Badai Perkampungan
Sumber: CNN