Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Detik Cemas Arus Deras Musnahkan Jambatan, Badai Perkampungan

Hannah
banjir taiwan
Gambar: Focus Taiwan

Tular Detik Cemas Arus Deras Musnahkan Jambatan, Badai Perkampungan

Sebuah tasik takungan semula jadi di Hualien, Taiwan, melimpah dan memusnahkan sebuah jambatan. Banjir itu kemudian menenggelami perkampungan berdekatan susulan ancaman Taufan Ragasa yang kini menuju ke wilayah tersebut, lapor CNA.

Menurut pihak berkuasa, Tasik Takungan Sungai Matai’an di Daerah Hualien menyimpan kira-kira 91 juta tan air, bersamaan dengan 14,560 kolam renang bersaiz Olimpik.

Apabila air melimpah keluar, arus deras berwarna coklat pekat yang dipenuhi lumpur serta sisa runtuhan melanda Kampung Guangfu pada Selasa petang.

banjir taiwan
Gambar: Focus Taiwan

Jambatan Sungai Matai’an runtuh pada jam 2.50 petang, sekali gus menyebabkan benteng sungai turut musnah, lapor Focus Taiwan.

Penduduk panik melarikan diri ke kawasan lebih tinggi.

Ada yang berpaut pada tiang elektrik, dinding serta bumbung rumah bagi menyelamatkan diri daripada banjir yang semakin meninggi.

Rakaman video penduduk tempatan memaparkan seorang wanita berpaut pada tiang, manakala yang lain terpaksa berlindung di atas bumbung rumah yang ditenggelami air.

banjir taiwan
Gambar: Focus Taiwan

Tambah Focus Taiwan, beberapa kenderaan, termasuk lori tentera, turut hanyut di Lebuhraya Wilayah 9 akibat arus deras.

Sehingga jam 7 malam, pihak Bomba Hualien melaporkan dua orang hilang dan 71 lagi terperangkap.

Pasukan penyelamat dari Taipei, New Taipei dan Taitung, bersama unit sukarelawan, dikerahkan dengan bot serta peralatan khas untuk operasi menyelamat.

banjir taiwan
Gambar: Focus Taiwan

Kira-kira 10,000 penduduk telah dipindahkan setakat petang Selasa, menurut Pusat Operasi Kecemasan Pusat Taiwan.

Stesen Guangfu dan landasan kereta api berhampiran turut dinaiki air, menyebabkan operasi tren terhenti, manakala beberapa jambatan dan jalan raya ditutup sementara.

Gelombang limpahan pertama dijangka berlaku pada jam 11 pagi, namun ia hanya berlaku kemudian, disusuli limpahan kedua yang lebih besar sekitar 4.30 petang.

Amaran tambahan segera dikeluarkan bagi kawasan berisiko tinggi, lapor Focus Taiwan lagi.

BACA: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Meninggal Dunia

Sumber: Focus Taiwan