Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Niat nak bersihkan kerusi, sekali ‘biru muka’ bila warna kain mula luntur.
Seorang peniaga berkongsi pengalaman paling mencemaskan sepanjang menjalankan tugas apabila diberi tanggungjawab mencuci kerusi milik Sultan Pahang.
Menurut pengguna Threads, @josdetailss, kerusi jenis wing chair berkenaan menggunakan material sutera (silk) bernilai kira-kira RM15,000 dan ketika itu merupakan kerusi baharu yang belum pernah digunakan.
“Aku unwrap, aku cuci dan aku rosakkan. Terus taubat nasuha daripada cuci silk sampai sekarang,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Dalam hantaran susulan, beliau menjelaskan bahawa pada awalnya pihak yang mendapatkan khidmatnya tidak memaklumkan secara terperinci mengenai pemilik kerusi, harga mahupun jenis material yang digunakan.
Katanya, kotoran pada kerusi itu juga tidak terlalu serius, sebaliknya hanya kesan hairline watermark.
Namun, situasi berbeza sebaik sahaja beliau tiba di lokasi.
“Masuk compound siap polis escort sampai kerusi dan sambil buat kerja pun dia teman,” jelasnya.
Beliau mengakui pengalaman berkenaan menjadi pengajaran besar kerana sebelum itu tidak pernah mencuci material sutera dan tidak mengetahui bahawa bahan berkenaan tidak boleh dikenakan air sewenang-wenangnya.
“Masatu tak pernah cuci silk. Dan tak pernah tahu silk tak boleh kena air, bila kena air dye yang digunakan untuk silk tu akan keluar. Biru muka. Polis tu pun gelak je,” katanya.

Perkongsian tersebut ternyata mencuri perhatian pengguna Threads lain yang turut berkongsi pengalaman masing-masing mendapatkan tugasan luar biasa.
“Tak boleh nak fight! Pengalaman abang terlalu padu, mengerikan,” komen @feezracleans.
Seorang lagi pengguna, @fariyda_nfmf pula berkongsi pengalaman menguruskan kerja pembersihan bangunan bagi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selama enam tahun berturut-turut.
“Bila settle majlis lega, nampak Sultan Selangor dah rasmi lega,” katanya.
Sementara itu, seorang pengguna @raihana.ramli secara berseloroh mengaitkan kisah berkenaan dengan babak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan