Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
kanak-kanak maut didera
Gambar: BERNAMA

Kanak-kanak Tujuh Tahun Maut Dipercayai Didera Ibu Bapa

Athirah

Kanak-kanak Tujuh Tahun Maut Dipercayai Didera Ibu Bapa

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia semalam selepas dipercayai didera ibu bapanya di Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada pihak Hospital Kajang pada 1.11 pagi, semalam.

“Pihak hospital memaklumkan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dibawa oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan zon merah hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat menemukan banyak kesan kecederaan lama dan baharu pada fizikal mangsa dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul.

Susulan itu, katanya kedua ibu bapa mangsa yang berusia 30-an dan 40-an ditahan dan akan direman untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat ASP Nur Ayuni Abd Aziz menerusi talian 016-2080717.

BACA: Bertembung Dengan Helikopter, Pesawat Terhempas Dalam Sungai Di Amerika

Sumber: BERNAMA