Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kapal Perang AS Sekat Kapal Tangki Minyak Daripada Belayar Ke Pelabuhan Iran

BERNAMA
Kapal Perang AS
Kredit: AFP

Kapal Perang AS Sekat Kapal Tangki Minyak Daripada Belayar Ke Pelabuhan Iran

WASHINGTON, 28 April (Bernama-Anadolu) -- Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) memintas sebuah kapal tangki minyak mentah daripada belayar ke pelabuhan Iran pada hujung minggu lalu, menurut Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

CENTCOM memaklumkan ini merupakan operasi pemintasan terbaharu di bawah sekatan berterusan terhadap pelabuhan Iran.

“Kapal pemusnah peluru berpandu berpandu USS Rafael Peralta (DDG 115) menguatkuasakan sekatan AS terhadap pelabuhan Iran ke atas M/T Stream selepas kapal itu cuba belayar ke sebuah pelabuhan Iran,” menurut CENTCOM menerusi platform X.

CENTCOM memaklumkan insiden itu berlaku pada Ahad, namun tidak memberikan butiran lanjut termasuk lokasi kejadian atau bagaimana pihaknya mengetahui M/T Stream sedang menuju ke pelabuhan Iran.

Menurut data di laman sesawang MarineTracker, kapal berkenaan merupakan kapal tangki minyak mentah.