Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kapal Tangki Diserang Di Selat Hormuz - Agensi Maritim UK

HORMUZ
Selat Hormuz. Kredit: AFP

TEHRAN, 1 Sept (Bernama-dpa) -- Sebuah kapal tangki diserang ketika keluar dari Selat Hormuz, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

UKMTO berkata kapal itu terkena tiga “projektil tidak dikenal pasti” ketika dalam perjalanan keluar dari selat berkenaan, kira-kira 30 kilometer ke timur bandar Khasab, Oman.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Insiden itu berlaku selepas Iran dan Amerika Syarikat (AS) saling melancarkan serangan pada malam sebelumnya buat kali pertama sejak akhir Julai.

Tentera AS berkata pihaknya menyerang unit Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran yang sedang membuat persediaan untuk memasang periuk api di Selat Hormuz.

Iran kemudian melancarkan peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Jordan, namun dipintas, menurut pihak berkuasa Jordan.

-- BERNAMA-dpa

Intipati
  • UKMTO berkata kapal tangki terkena tiga projektil tidak dikenal pasti berhampiran Khasab, Oman.
  • Tiada kecederaan dilaporkan, manakala pihak bertanggungjawab terhadap serangan itu belum dapat dipastikan.
  • Insiden berlaku selepas Iran dan Amerika Syarikat dilaporkan saling melancarkan serangan malam sebelumnya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan