Hujung minggu pastinya dinantikan ramai selepas lima hari sibuk dengan kerja dan rutin harian. Inilah saat untuk rehat, luang masa dengan keluarga dan kawan atau cari aktiviti menarik untuk isi masa lapang.
Biasanya ramai yang akan keluar jalan-jalan, tengok wayang dan juga makan-makan. Tapi, kadang kala bosan juga bila selalu buat benda sama kan?
Kalau boleh nak cari pula aktiviti yang lain dari yang lain, yang mencabar adrenalin.
Haa, min baru-baru ni dapat tahu ada satu aktiviti menarik yang boleh dicuba di Berjaya Times Square iaitu Go-Kart BTSKL - Kart Wars.

Mungkin dah ramai yang pernah try naik go kart sebelum ini, tapi Kart Wars ni unik sikit. Aktiviti ini sebenarnya yang pertama di Malaysia. Sebabnya?
Sebabnya ia gabungkan kart elektrik prestasi tinggi dengan teknologi projection mapping. Inilah yang jadikannya yang pertama di Malaysia, bukan aktiviti kart biasa-biasa.


Bila cuba aktiviti ni, korang seolah-olah ada dalam dunia permainan video tapi secara nyata.
Namun dalam Kart Wars ni, korang perlu mahir memandu dan ada strategi tersendiri ketika di arena.
Dalam masa sama, tentulah korang kena bertempur dengan rakan atau keluarga untuk menang dalam perlumbaan tu.

Menariknya, korang boleh dapatkan tiket dengan harga promosi pembukaan hanya RM49 seorang.
Bagi yang mempunyai tiket masuk Taman Tema Berjaya Times Square pula, korang boleh dapatkan tiket pada harga hanya RM29.
Selain itu, turut ditawarkan tiket kombo berharga RM147 dengan promosi beli tiga, percuma satu.
Dah mula dibuka 6 Ogos lepas, korang jangan risau sebab main aktiviti ni tak perlukan pengalaman sebagai pelumba pun. Cuma korang kena ada strategi yang betul.
Jadi, bagi yang nak cuba pengalaman hiburan yang berbeza dari aktiviti indoor biasa, Kart Wars kena ada dalam senarai korang.
Jangan lupa ajak kawan-kawan atau keluarga, lagi ramai lagi best.
Untuk ketahui maklumat lanjut tentang Go-Kart BTSKL - Kart Wars, layari Instagram https://www.instagram.com/gokartbtskl/?hl=en.


