Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kata Laluan Sejuta Pengguna Facebook Mungkin Dicuri Aplikasi Malware – Meta

malware facebook
Gambar: Getty Image via Forbes

Aplikasi-aplikasi ancaman malware dilaporkan mungkin telah mencuri kata laluan kira-kira satu juta pengguna Facebook menerusi platform Android mahupun iPhone, maklum Meta menerusi laporan Forbes.

Pengarah Gangguan Ancaman Meta, David Agranovich berkata modus operandi malware itu adalah mudah di mana aplikasi tersebut bukan membawa pengguna masuk ke laman web Facebook sebenar sebaliknya merupakan laman web palsu.

“Kami merasakan ini bukan sejenis perkara yang disasarkan secara geografi tertentu. Ianya lebih dari mendapatkan akses kepada seberapa banyak kelayakan log masuk yang mungkin,” katanya lagi.

Difahamkan, aplikasi malware itu telah menyamar menjadi pelbagai jenis aplikasi termasuk edit foto palsu dan rangkaian peribadi maya yang mendakwa meningkatkan kelajuan internet serta mendapat akses memasuki web yang disekat.

Dalam pada itu, aplikasi tersebut turut menyamar menjadi permainan mudah alih, penjejak kesihatan dan gaya hidup serta menukarkan wajah menjadi kartun selain menyediakan bacaan horoskop.

Difahamkan Malware telah dikesan sepanjang tahun lepas dengan penyamaran yang dibuat serta telah berjaya memasuki sistem keselamatan dan aplikasi rasmi Apple dan Google.

Hati-hati log masuk aplikasi menerusi Facebook

Agranovich mencadangkan bahawa pengguna harus berhati-hati dengan aplikasi yang memerlukan log masuk ke Facebook untuk mendapatkan sebarang fungsi.

“Jika aplikasi lampu suluh memerlukan anda untuk log masuk ke Facebook untuk memberikan fungsi lampu suluh, mungkin ada sesuatu yang mencurigakan,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau berkata terdapat banyak ulasan yang berulang kali menyebut aplikasi sebagai penipuan juga memberikan petunjuk mengenai kesahihan aplikasi itu.

Tambah Agranovich, Meta akan memberi amaran kepada satu juta pengguna jika mereka terdedah kepada aplikasi penipuan itu dalam pelbagai cara walaupun syarikat tersebut tidak dapat menyatakan secara pasti sama ada semua pengguna terkena ataupun tidak.

Menurutnya, Meta mempunyai cara untuk mengesan isyarat yang membantu pengguna memahami sekiranya akaun itu terjejas dan penyerang mendapat akses kepada akaun mereka dengan cara tertentu.

Apple berkata daripada 400 jumlah aplikasi yang ditemui, 45 adalah pada iOS dan telah dibuang daripada App Store.

Selain itu, Google turut mengesan dan mengalih keluar banyak aplikasi sepanjang tahun lepas sebelum Meta menghantar makluman.

“Semua aplikasi yang dikenal pasti dalam laporan itu sudah tidak ada lagi di Google Play. Pengguna juga dilindungi oleh Google Play Protect yang menyekat aplikasi itu di Android,” kata salah seorang jurucakap.

Sumber: Forbes