Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jpj putra heights
Gambar: BERNAMA

Kaunter Bergerak JPJ Bantu Mangsa Kebakaran Gas Putra Heights Ganti Dokumen

Azizah Najib

Kaunter Bergerak JPJ Bantu Mangsa Kebakaran Gas Putra Heights Ganti Dokumen

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Kementerian Pengangkutan, melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mengambil langkah meringankan beban mangsa kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya, dengan membuka kaunter bergerak di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, dekat sini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkhidmatan ini, yang akan berlangsung hari ini hingga esok, membolehkan mangsa menggantikan dokumen pengangkutan yang musnah atau hilang akibat insiden tersebut tanpa memerlukan laporan polis dan proses penggantian dokumen akan disiapkan dengan segera.

“Mangsa hanya perlu memberikan nama dan nombor kad pengenalan untuk mencetak semula dokumen tersebut secara percuma… jika ada keperluan, perkhidmatan ini akan dilanjutkan,” katanya pada sidang media selepas melawat PPS hari ini.

Antara dokumen pengangkutan yang boleh diganti secara percuma adalah Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor, dan Sijil Pemilikan Kenderaan.

Loke turut memaklumkan bahawa usaha ini mendapat kerjasama Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), yang menawarkan khidmat nasihat berhubung tuntutan yang boleh dibuat oleh mangsa terlibat dalam insiden tersebut.

“Selain itu, pihak Prasarana juga menyediakan enam van untuk membantu pergerakan mangsa apabila mereka dibenarkan pulang untuk mengambil barang. Van ini juga boleh digunakan untuk pergi ke stesen LRT atau tempat lain untuk membeli keperluan,” tambahnya.

BACA: “Hero” Operasi Padam Kebakaran Dahsyat Di Putra Heights Jadi Tumpuan

BACA: Projek Berhampiran Lokasi Kebakaran Saluran Gas Ada Kelulusan – Datuk Bandar

BACA: Kebakaran Putra Heights: 111 Mangsa Terima Rawatan Di Hospital

Sumber: Bernama