Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kebakaran Di Kedutaan Malaysia Di Seoul, Tiada Kecederaan

Gambar: Kementerian Luar Negeri

SEOUL, 28 Jan (Bernama) — Kebakaran di Kedutaan Malaysia di Seoul pada Jumaat berjaya dipadamkan dalam tempoh 17 minit, lapor agensi berita Yonhap, memetik kenyataan pegawai tempatan.

Kebakaran pada 9.38 pagi itu berpunca daripada kipas pemanas di tingkat dua kedutaan, dan kira-kira 20 orang terpaksa mengosongkan bangunan.

Sebahagian daripada dinding bangunan terbakar, tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, kata pegawai.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian berkenaan.

Sumber: Bernama