Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kebakaran Hutan Di Dungun, Wanita Kongsi Keadaan Sekitar Rumah Diselubungi Asap

kebakaran hutan di dungun
Kredit: @dhia9_0
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kebakaran Hutan Di Dungun, Wanita Kongsi Keadaan Sekitar Rumah Diselubungi Asap

Kebakaran hutan gambut yang berlaku di Kampung Kuala Abang, Dungun baru-baru ini telah menjadi tular di media sosial.

Rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads, @dhia9_0 menunjukkan keadaan di kawasan tersebut.

Menerusi video yang dikongsi olehnya, dapat dilihat keadaan sekeliling yang dipenuhi asap sehingga pemandangan menjadi warna jingga.

"Doa kan keadaan kampung saya...api kiri kanan. Semoga Allah turunkan hujan yang lebat. Kesian baby dah mula batuk dan semput," kongsinya.

Ketika ditanya SK, Dhia berkata kebakaran tersebut dikatakan telah berlaku selama tiga hari berturut-turut dan telah menjejaskan kesihatan warga sekitar.

Kredit: @dhia9_0

"Tekak dan hidung saya pun dah mula rasa pedih. Kalau kain baju jangan cakap la, semua bau asap," tambahnya.

Kredit: @dhia9_0

Tambahnya lagi, jarak antara rumahnya dan kawasan kebakaran dianggarkan satu kilometer. Disebabkan api yang merebak dengan pantas, menyebabkan dia turut terkena tempiasnya.

Kredit: @dhia9_0

Pihak bomba masih giat menjalankan kerja-kerja memadam api sehingga hari ini dan keadaan dilaporkan sudah semakin pulih.

Kredit: @dhia9_0

Malah, orang kampung turut turun padang membantu pihak bomba memadamkan api.

Sementara itu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu berkata, kebakaran itu menyebabkan operasi pemadaman api terpaksa digerakkan secara berterusan.

"Kejadian tersebut juga melibatkan kawasan hutan gambut yang sukar dipadam ekoran daripada tanah kering serta api yang merebak dengan pantas di bawah permukaan," ujar JBPMT lagi.

Kredit: JBPMT
Kredit: JBPMT
Kredit: JBPMT

Operasi Water Bombing Dilakukan

Semalam, Unit Udara JBPM melaksanakan operasi water bombing bagi memadam api. Sebuah helikopter juga digunakan bagi menjalankan tinjauan udara dan mengenal pasti kawasan kritikal.

Kredit: JBPMT

"Operasi pemadaman udara menggunakan bambi bucket ditumpukan di Sektor B dan C," katanya.

Tambahnya lagi, tindakan ini mampu membantu mengawal penyebaran api serta menyokong operasi anggota lain di darat. Setakat ini, operasi masih diteruskan hingga keadaan terkawal sepenuhnya.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang pembakaran secara terbuka, khususnya dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini bagi mengelakkan kejadian kebakaran yang lebih teruk.