Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
kecoh himpunan 250 oyen
Sumber: Bernama

Kecoh Himpunan 250 Ekor ‘Oyen’

Hannah

Kecoh Himpunan 250 Ekor ‘Oyen’

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Kalau keletah seekor ‘oyen’ (gelaran manja kucing berbulu oren) pun sudah mampu ‘menghuru-harakan’ keadaan, cuba pula bayangkan apabila lebih 250 si bulus itu berhimpun di satu tempat.

Itulah ‘kekecohan’ yang berlaku ketika berlangsung program The Largest Orange Cats Gathering di Kompleks gateway@klia2 baru-baru ini apabila orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.

Antara yang paling mendapat perhatian adalah kucing jantan jenis American Short Hair campuran Persian bernama King Oyen. Si bulus ini begitu ‘segak’ dipakaikan Baju Melayu, bertanjak lengkap dengan kaca mata hitam dan tidak kekok beraksi di depan lensa kamera, bak peragawan profesional.

King Oyen memang kucing yang mendengar kata dan faham apa yang saya cakap serta memang sukakan perhatian,” kongsi pemilik si bulus, Sofea Salleh, 51, yang memelihara kucing itu sejak lima tahun lepas.

Menurut Sofea, nama King Oyen juga diberi oleh warganet selepas pelbagai aksi kucing kesayangannya itu tular di media sosial, antaranya disebabkan hobi dan lagak bersahaja kucing itu ketika membonceng basikal yang dikayuhnya.

BACA: Serpihan Komet Bercahaya Terangi Langit Malam Portugal, Sepanyol

“King Oyen akan stres (tertekan) dan buat perangai kalau tak dapat naik basikal. Nama asal yang saya bagi dulu Macho Kingsley, tapi sebab sifat lucu ni netizen beri gelaran oyen,” katanya sambil berkongsi gelagat King Oyen juga membuahkan rezeki apabila dilantik menjadi duta satu jenama makanan kucing.

Himpunan itu turut memberi tuah kepada Hara yang dinobatkan sebagai juara pertandingan Garfield Look Alike dianjurkan menerusi program tersebut, sekali gus membolehkan pemiliknya, Adam Zailani, 26, pulang membawa hadiah wang tunai sebanyak RM500.

Menurut Adam, ini adalah kali pertama dia menyertai acara sedemikian dan tidak menyangka kucing kampung (kucing tempatan) berusia empat tahun itu mampu mengenepikan lebih 200 pesaing bulus yang lain.

“Niat saya pada mulanya nak beri pendedahan dan bawa Hara jumpa ‘kawan-kawan’ (kucing oren lain) sahaja. Pertandingan ini bagus sebab selalunya hanya libatkan baka mahal, tapi acara ini berbeza,” katanya yang mula memelihara kucingnya selepas diserahkan oleh rakannya.

Program The Largest Orange Cats Gathering itu dianjurkan oleh pusat beli-belah gateway@klia2 sempena ulang tahun ke-10 dan pelancaran filem The Garfield Movie yang bakal ditayangkan hujung bulan ini. Program itu turut mendapat kerjasama Kelab Kucing Malaysia.

Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid berkata, program berkenaan juga bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat lanjut kepada pemilik kucing dan orang ramai mengenai penjagaan haiwan peliharaan mereka.

“Kucing oren atau selalu digelar Oyen ni lebih istimewa, selalu dicop nakal dan sering dapat perhatian terutama di Internet sekarang, Jadi kita cipta kelainan daripada program-program yang pernah dianjurkan sebelum ini,” katanya.

BACA JUGA: Sharul Aimy Cipta Sejarah, Rangkul Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

Sumber: Bernama