Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
serpihan komet portugal sepanyol
Sumber: Astro Awani

Serpihan Komet Bercahaya Terangi Langit Malam Portugal, Sepanyol

Hannah

Serpihan Komet Bercahaya Terangi Langit Malam Portugal, Sepanyol

Sebuah kamera keselamatan dilaporkan berjaya merakam kejadian serpihan komet melintasi dan menerangi langit di bandar Braga, Portugal pada Sabtu.

Fenomena astronomi ini dapat dilihat dengan jelas di beberapa kawasan di Sepanyol dan Portugal, lapor Astro Awani.

Agensi Angkasa Eropah (ESA) pada Ahad berkongsi video di platform X yang menunjukkan meteor tersebut melintasi langit bandar Caceres di barat Sepanyol, berhampiran sempadan Portugal.

Bagaimanapun, ESA kemudian menyatakan bahawa objek tersebut kelihatan seperti “serpihan kecil komet” dan bukan meteor, serta menganggarkan ia terbang di atas Sepanyol dan Portugal dengan kelajuan 45 kilometer sesaat sebelum terbakar di lautan Atlantik.

Menurut ESA, kemungkinan untuk mana-mana meteor ditemui adalah sangat rendah.

Dalam pada itu, balai cerap astronomi Calar Alto di Sepanyol juga melaporkan bahawa analisis awal oleh Institut Astrofizik Andalusia menunjukkan objek tersebut mempunyai ciri-ciri komet.

Di kedua-dua negara, video yang menunjukkan objek tersebut melintasi langit malam dengan kelajuan tinggi dan menerangi langit dengan cahaya biru dan hijau menjadi tular di media sosial apabila beberapa individu sempat merakam kejadian tersebut.

Kredit: BNO News via X
Kredit: Breaking News 24/7 via X

Penduduk tempatan menggambarkan pemandangan tersebut sebagai sesuatu yang menakjubkan, dengan cahaya terang yang menembusi langit malam.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kejadian tersebut turut mencetuskan kebimbangan sebilangan penduduk tempatan.

Susulan kejadian itu, Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Sepanyol 112 di Madrid dilaporkan menerima beberapa panggilan kecemasan.

BACA: Nasib Presiden Iran Ebrahim Raisi Terlibat Nahas Helikopter Masih Belum Diketahui

Sumber: Astro Awani