Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Empire Sports dengan bangga mengumumkan pelancaran kedai Empire Sports X Min Coffee, kedai sports coffee pertama di Malaysia yang dimiliki 100% oleh syarikat Bumiputera. Kedai ini menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan gaya hidup aktif sambal menikmati kopi artisan. Lokasi kedai kami terletak di No 65-G Jalan Nautika B, U20/B, Pusat Komersial TSB Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor.
Kedai ini terhasil dari kerjasama dan gabungan strategik antara Empire Sports, jenama peralatan sukan terkenal, dan Min Coffee, kafe yang disukai ramai kerana keunikan rasanya. Kedua-dua jenama ini berkongsi misi untuk mempromosikan gaya hidup sihat sambil menikmati kopi berkualiti tinggi. Empire Sports X Min Coffee bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis peralatan sukan premium, tetapi kopi dengan rasa yang eksklusif dan unik. Lebih-lebih lagi kopi Kilijaro Latte.
Sempena pembukaan ini, Empire Sports X Min Coffee menawarkan promosi istimewa dan menarik yang tidak boleh dilepaskan oleh semua peminat kopi dan sukan. Pelanggan boleh menikmati kopi dan barangan sukan terpilih serendah RM10. Di samping itu, kami juga menawarkan potongan harga sehingga 50% bagi barangan tertentu. Ini adalah peluang keemasan untuk pelanggan mendapatkan produk sukan berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Bagi penggemar kopi, mereka layak untuk mendapatkan promosi beli 1 percuma 1.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, Empire Sports X Min Coffee juga menawarkan baucer bernilai sehingga RM150 kepada pelanggan terawal. Ini adalah tawaran eksklusif yang hanya tersedia kepada mereka yang menghadirkan diri awal dan membuat pembelian di kedai kami. Kami mengalu-alukan kehadiran semua untuk merasai sendiri pengalaman unik di Empire Sports X Min Coffee. Saksikan sendiri bagaimana dua dunia – sukan dan kopi – bergabung dalam satu ruang yang penuh inspirasi.