Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kedai Perkakasan Musnah Dalam Kebakaran di Seri Kembangan

PERKAKASAN
Kredit: Facebook PBS Salak South

Kedai Perkakasan Musnah Dalam Kebakaran di Seri Kembangan

SERI KEMBANGAN, 23 Julai (Bernama) -- Sebuah kedai barangan perkakasan berhampiran Pasar Borong

Selangor di sini, musnah dalam satu kebakaran yang bermula kira-kira 11 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul

Riezal Asbar ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini, pihaknya giat menjalankan kerja-kerja

pemadaman.

Beliau berkata api semakin marak dan mula merebak ke beberapa premis berhampiran, menyebabkan jentera tambahan terpaksa digerakkan ke lokasi kejadian.

"Ya, saya sahkan kejadian dan jentera (tambahan) masih dalam perjalananan. Setakat ini, belum ada laporan lengkap dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati anggota bomba sedang giat menjalankan operasi pemadaman

dengan menggerakkan sekurang-kurangnya tiga jentera ke tempat kejadian.

Selain itu, beberapa individu dipercayai pemilik dan pekerja premis berhampiran bertindak mengalihkan stok barangan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

Operasi pemadaman dilaporkan agak sukar berikutan terdapat sejumlah tong gas yang disimpan di dalam premis berkenaan, yang dikhuatiri boleh mencetuskan letupan.

Intipati
  • Kedai perkakasan berhampiran Pasar Borong Selangor musnah dalam kebakaran sekitar 11 malam.
  • Api semakin marak dan mula merebak, menyebabkan jentera tambahan digerakkan ke lokasi kejadian.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, manakala operasi pemadaman masih berjalan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan