Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kedutaan Iran Ucap Terima Kasih, Hargai Solidariti Rakyat Malaysia

Kedutaan Iran
Kredit: Kedutaan Iran di Malaysia

Kedutaan Iran di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan kepada negara itu susulan perang dengan Israel dan Amerika Syarikat sejak lebih sebulan yang lalu.

Menerusi perkongsian di laman X, Kedutaan Iran berkata mereka tidak pernah berhasrat untuk berperang.

“Kepada saudara dan saudari kami di Malaysia, terima kasih kerana berdiri bersama kami.

“Solidariti anda kekuatan kami,” katanya.

Kredit: Kedutaan Iran Di Malaysia

Kami tidak memulakan perang ini

Mereka juga memuat naik satu video yang memaparkan suasana di Iran sebelum dan selepas berlakunya perang.

“Sebagai sebuah bangsa yang berakar pada iman dan kemanusiaan, kami percaya kepada perdamaian, kesucian nyawa, serta perlindungan untuk kanak-kanak dan keluarga.

“Namun, kedamaian ada harganya, lebih 2,000 nyawa tidak bersalah telah terkorban. Kebanyakannya orang awam, termasuk 214 kanak-kanak.

“Kami tidak memulakan perang ini, tetapi kami tidak akan meninggalkan prinsip kami.

“Dengan keteguhan dan iman, dengan kesatuan rakyat kami, kami berdiri teguh, bukan untuk membalas dendam, tetapi untuk keadilan,” katanya menerusi video itu.

Ujar Kedutaan Iran lagi, kebenaran akan menang dan keadilan akan kembali dipulihkan seperti sedia kala.

Sebelum ini, kedutaan itu berkata Iran tidak akan pernah melupakan pendirian sokongan Malaysia selepas kapal Malaysia telah dibenarkan melalui Selat Hormuz.