Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kehadiran Objek Gergasi Bercahaya Didakwa Sebagai UFO Gemparkan Penduduk 

objek gergasi ufo
Kredit YouTube

Kehadiran Objek Gergasi Bercahaya Didakwa Sebagai UFO Gemparkan Penduduk

Kemunculan sebuah piring gergasi berputar yang didakwa sebagai ‘UFO’ berhampiran Tasik Zurich, Switzerland telah menggemparkan penduduk tempatan, lapor Express.

Penduduk di bandar kecil Feldmeilen dikatakan telah berjaya merakam kemunculan objek berbentuk cakera yang menyeramkan itu sedang berputar di langit.

Kejadian itu berjaya dirakam pada 15 Oktober lalu dan menunjukkan objek aneh itu memancarkan cahaya yang terang.

Kehadiran objek aneh dengan lampunya yang terang telah mengejutkan seorang wanita yang sedang tidur.

Pada awalnya, wanita itu membuat spekulasi bahawa lampu yang terang itu mungkin datang daripada paparan kelab malam berdekatan.

Bagaimanapun, dia mula curiga selepas tiada pancaran laser dilihat di atas tanah dan keadaan persekitaran turut sunyi sepi.

“Pada mulanya, kami menyangka ia adalah pertunjukan cahaya kelab malam untuk bersuka ria.

“Tetapi bila diamati tiada pancaran laser yang datang dari tanah. Selain itu, tiada sebarang bunyi kedengaran,” jelas wanita itu.

Penampakan aneh itu dikatakan berlangsung selama kira-kira lima minit sebelum objek itu tiba-tiba lenyap.

Sebelum ini, penampakan serupa juga dilaporkan berlaku di kampung Diessenhofen yang terletak 30 batu jauh di bandar Schaffhausen.

Penemuan itu berjaya dilakukan oleh sepasang suami isteri di Diessenhofen yang melihat cahaya terang itu dari balkoni rumah mereka.

“Ketika kami berada di balkoni, kami melihat lampu yang aneh. Nasib baik, orang lain juga melihatnya, kalau tak mesti orang ingat saya gila,” kongsi pasangan itu.

Seorang penduduk di Schaffhausen yang menyaksikan kejadian itu sekitar 11.30 malam menyifatkan ia sebagai luar biasa.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Vladi Barrose jurucakap organisasi pemantauan ruang udara Switzerland berkata: “Kami tidak dapat mengenal pasti objek itu. Apa yang membingungkan saya ialah cahaya dari objek itu tidak dipantulkan ke atas tasik,” kata Vladi.

Penampakan misteri itu telah membuatkan penduduk dan pemerhati kebingungan dan menyebabkan pelbagai reaksi dipamerkan oleh penduduk.

Sehingga kini, masih tidak dapat dijelaskan sama ada pihak berkuasa Switzerland akan menjalankan siasatan mereka berhubung penampakan itu.

Sumber: Express