Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
tanah runtuh taman melawati ampang 
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

Kejadian Tanah Runtuh Taman Melawati Ampang 

Nurul Naqiyah

Kejadian Tanah Runtuh Taman Melawati Ampang

AMPANG, SELANGOR – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan E6 / Jalan Serdang, Taman Melawati, Ampang, Selangor. Kejadian tanah runtuh di Taman Melawati ini melibatkan kawasan penyenggaraan jalan dan perparitan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), manakala kawasan cerun runtuh adalah merupakan milik pemaju. Sebanyak empat (4) buah rumah telah terjejas dan terhalang oleh sisa runtuhan akibat kejadian ini.

1. Runtuhan berlaku sepanjang 30meter dari kaki cerun dengan keluasan permukaan runtuhan seluas 500meter persegi. Kegagalan pada struktur dinding sistem perparitan (rubble pitching drain) telah menyebabkan aliran air melimpah ke permukaan cerun. Aliran air yang banyak akibat hujan lebat telah melemahkan struktur tanah dan menumbangkan pokok – pokok pada cerun. Pihak MPAJ telah menjalankan kerja-kerja pembersihan ke atas parit tersebut dan akan melaksanakan lencongan air ke parit bersebelahan jalan.

2. Hasil siasatan oleh pihak Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (CKC JKR) di tapak mendapati terdapat tanda-tanda awal seperti pokok yang condong dan sedikit keretakan di atas permukaan jalan. Terdapat sisa runtuhan yang mengandungi campuran tanah cerun berair, sisa pokok tumbang dan sebuah pondok pengawal di tepi Jalan E6 yang terbalik. Kegagalan cerun adalah merupakan hakisan tanah atas permukaan sahaja dan batuan sedimen dasar di bukit masih kukuh.

3. CKC JKR selaku pengerusi Jawatankuasa Kerja Tanah Runtuh di bawah Pelan Induk Cerun Negara akan kemukakan laporan khidmat nasihat pakar teknikal serta cadangan pembaikan kepada pihak MPAJ. Buat masa ini tindakan mitigasi jangka pendek yang telah dikenal pasti ialah pembersihan sisa runtuhan, termasuk longkang di atas dan di bawah cerun, kerja-kerja mencantas pokok di kawasan cerun, pengalihan sementara laluan air dan menutup runtuhan cerun dengan kanvas.

4. Memandangkan kawasan kejadian tanah runtuh melibatkan milik pemaju, dicadangkan pihak MPAJ mengadakan libat urus bersama pemaju untuk kaedah rawatan kekal bagi memastikan kestabilan cerun dan keselamatan penggunaan jalan pada masa hadapan.

5. Di bawah Pelan Induk Cerun Negara, wujudnya Jawatankuasa Kerja Tanah Runtuh. Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada ahli ICSM (Inter-Goverment Committee of Slope Management) iaitu Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), BOMBA dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MPAJ.

6. Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa komited dalam memastikan jaringan aspek keselamatan cerun dijaga melalui inovasi teknologi penyenggaraan yang berterusan. Ini selaras dengan aspirasi Program MYJalan anjuran KKR yang ingin menyediakan infrastruktur yang selesa dan selamat dengan penglibatan dan tanggungjawab bersama oleh semua pihak.