Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keliru Nak Guna ‘Ialah’ Atau ‘Adalah’? Jom Baca Penjelasan DBP

Kredit: Google

Dalam pertuturan seharian, mesti kita akan gunakan perkataan ‘ialah’ dan ‘adalah’ dengan kerap, kan?

Tapi perasan tak, kadang-kadang kita sendiri keliru nak gunakan yang mana satu, ‘ialah’ ke ‘adalah’ sebab kedua-duanya seakan sama bunyi dan fungsinya.

Jangan keliru lagi. Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) ada memberi penjelasan tentang kekeliruan ini.

Apa itu ‘ialah’?

Menurut DBP, kata pemeri ‘ialah’ digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama.

Pendek kata, kata pemeri ‘ialah’ digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Sebagai contoh:

  • Samsuri ialah rakan karib saya.

  • Beliau ialah ketua murid di sekolah ini.

  • Makanan utama rakyat Malaysia ialah beras.

  • Demam denggi ialah penyakit yang dibawah oleh nyamuk Aedes.

Apa itu ‘adalah’?

Sementara itu, kata pemeri ‘adalah’ pula digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + nama adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama.

Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Sebagai contoh:

  • Perlawanan pada malam itu adalah sangat penting.

  • Hadiah itu adalah untuk tetamu istimewa pada malam ini.

  • Dewan yang akan dibina itu adalah untuk keguinaan penduduk.

  • Tarikh kejohanan olahraga sekolah kita adalah pada 25 Mac tahun ini.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Twitter DBP