Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
keluarga altantuya
Kredit: Bernama
Keluarga Altantuya Pulangkan Semula Ganti Rugi Termasuk Faedah Kepada Kerajaan

BERNAMA

Keluarga Altantuya Pulangkan Semula Ganti Rugi Termasuk Faedah Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Keluarga Altantuya Shaariibuu telah memulangkan semula ganti rugi bernilai lebih RM4.8 juta kepada Kerajaan Malaysia termasuk faedah, yang sebelum ini diberikan kepada mereka, susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan kerajaan daripada liabiliti atas kematian model warga Mongolia itu pada 2006.

Peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili keluarga Altantuya, berkata keseluruhan jumlah itu tidak disentuh dan kekal disimpan dalam akaun pemegang amanah, selaras dengan perintah mahkamah.

"Keseluruhan jumlah yang dibayar sebelum ini berdasarkan perintah penangguhan bersyarat Mahkamah Tinggi Shah Alam, merangkumi jumlah penuh penghakiman dan semua faedah yang terkumpul, telah dipulangkan sepenuhnya kepada Kerajaan Malaysia semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sangeet berkata langkah yang sama diambil turut terpakai kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda dengan pemulangan dibuat mengikut potongan yang diarahkan oleh Mahkamah Rayuan.

"Seperti yang selalu dikatakan oleh bapa Altantuya, kes ini bukanlah berkaitan dengan wang. Perkara yang dicari beliau ialah jawapan, kebertanggungjawaban dan pengakuan. Pemulangan wang dengan segera dan jumlah yang sepenuhnya termasuk faedah yang diperoleh, mencerminkan pendirian itu dengan jelasnya," katanya.

Pemulangan ganti rugi itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2025 yang mengarahkan Kerajaan Malaysia dan Abdul Razak masing-masing membayar RM4.7 juta kepada keluarga Altantuya dan mendepositkan jumlah itu sementara menunggu pendengaran rayuan mereka.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab secara vikarius terhadap kematian Altantuya kerana perbuatan kedua-dua bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, dilakukan di luar tugas mereka.

Ibu bapa Altantuya dan cucu mereka telah memfailkan saman RM100 juta pada 4 Jun 2007 atas dakwaan kematian model itu telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental serta trauma psikologi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2022 membenarkan saman yang difailkan oleh keluarga Altantuya dan mengarahkan Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak, dan kerajaan membayar ganti rugi RM5 juta secara bersama. Kerajaan dan Abdul Razak kemudiannya mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009 kerana membunuh Altantuya di Shah Alam pada 19 dan 20 Okt 2006. Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka selepas mengetepikan keputusan pembebasan oleh Mahkamah Rayuan sebelum itu.