Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keluarga Daif Tinggal Dalam Rumah Uzur, Hanya Mampu Beli Telur RM 2 Makan 6 Beranak

Kredit: Cempaka Merah II

Telur RM2 dikongsi enam orang makan. Hanya dengan mengambil upah mencungkil isi kelapa, Zaharah Omar (Mokcik Jarah), 52 dan anaknya, Che Siti Fatihah Jaafar, 25 mendapat upah RM12 bagi setiap 100 biji kelapa yang dicungkil mereka.

”Ini sajalah yang mampu makcik Jarah bagi makan pada 3 orang anak dan 2 cucunya. Kadang-kadang hanya mampu membeli telur RM 2, untuk dikongsi seramai 6 orang,” menurut kemaskini di laman facebook Cempaka Merah Asnaf.

Dengan wang inilah mereka gunakan untuk menyara kehidupan anak beranak termasuk dua orang anak Fatihah berusia enam dan empat tahun yang tinggal bersama di Kg Kedai Buluh, Kota Bharu, Kelantan.

Wakil organisasi berkenaan berkata, Makcik Jarah mempunyai dua orang anak lelaki di mana salah seorang daripada mereka merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami kerosakan saraf pertuturan sejak kecil.

Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah subsidi yang daif – lantai reput, berlubang dan tidak bertingkap, tambahnya lagi.

Sekiranya anda ingin memberi sumbangan kepada Mokcik Jaroh sekeluarga, anda bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun BSN Che Siti Fatihah Jaafar di nombor 0301041100020991. Anda juga boleh menghubungi wakil Cempaka Merah Asnaf Solution di nombor 01125466362 atau Fatihah sendiri di talian 0179709194.

Sumber: Cempaka Merah II