Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kem Perancis Diserang Virus MERS, Beberapa Tonggak Utama Disahkan Positif
Persediaan pasukan Perancis untuk perlawanan akhir Piala Dunia menjadi terganggu selepas kem mereka diserang wabak MERS-coronavirus (MERS-CoV) atau ‘selesema unta’.
Memetik Sports Brief, pemain pasukan Perancis iaitu Adrien Rabiot dan Dayot Upamecano menunjukkan petanda positif dan sudah mula cergas menjelang perlawanan akhir menentang Argentina yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.
Kedua pemain itu sebelum ini dilaporkan telah dijangkiti dengan virus tersebut.
Menurut Daily Mail, Didier Deshchamps baru-baru ini telah mengesahkan bahawa pemainnya Kingsley Coman adalah pemain ketiga yang diserang virus unta tersebut di Qatar.

Sebelum ini, Les Bleus difahamkan telah menempatkan Rabiot di sebuah hotel terpencil untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Tindakan pengasingan itu gagal selepas dua lagi pemain Perancis dilaporkan telah diserang virus berkenaan.
Upamecano dan Rabiot yang merupakan pemain tetap dalam skuad Perancis kendalian Deschamps sehingga perlawanan separuh akhir terpaksa melupakan hasrat untuk diturunkan ketika menentang Morocco gara-gara virus tersebut.

Virus yang dikenali sebagai virus unta itu merupakan virus yang boleh berjangkit dan dikaitkan dengan gejala seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Sementara itu, Didier Deschamps berjanji bahawa Perancis akan melakukan segala yang mereka mampu untuk memastikan kemaraan Lionel Messi dalam Piala Dunia akan terkubur buat selamanya pada perlawanan akhir yang bakal berlangsung nanti.
Messi sedang dalam misi memenangi Piala Dunia buat kali pertama dalam kariernya, tetapi beliau perlu berhadapan dengan Les Bleus pada perlawanan akhir Ahad ini sebelum bergelar juara Piala Dunia.
Kedua-dua pasukan antara Perancis dan Argentina telah memenangi kejohanan Piala Dunia sebanyak dua kali dan akan bersaing untuk merebut gelaran juara kali ketiga dalam perlawanan akhir Ahad 18 Disember di Stadium Ikonik Lusail, Qatar.
Sumber: Sport Brief