Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kemalangan Awal Pagi Tadi Di Georgetown, Tiga Meninggal Dunia & Tiga Lagi Parah

Iqbal Yasir
kemalangan georgetown awal pagi tadi
Gambar: Sinar Harian

Tiga individu dilapor meninggal dunia manakala tiga lagi dipercayai parah dalam satu kemalangan awal pagi tadi yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown awal pagi tadi.

Menurut laporan ringkas Sinar Harian sebentar tadi, kemalangan melibatkan motosikal dan kereta itu dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 pagi.

Kesemua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala tiga lagi mangsa parah turut menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan.

Berita lanjut bakal menyusul.

Sumber: Sinar Harian.