Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kemboja Serang Kampung, Hospital Di Thailand
Sekurang-kurangnya dua orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun maut selepas tentera Kemboja didakwa melancarkan dua roket BM-21 ke tengah sebuah perkampungan di daerah Kab Choeng, wilayah Surin, awal pagi tadi.
Menurut Ketua Daerah Kab Choeng kepada penyiar rasmi Thai PBS, serangan tersebut turut mencederakan sekurang-kurangnya dua individu dan memaksa pemindahan besar-besaran melibatkan antara 30,000 hingga 40,000 penduduk dari 86 buah kampung ke pusat perlindungan berhampiran demi keselamatan.
Dalam satu kenyataan di Facebook seperti dilapor BBC, Tentera Diraja Thailand turut mengesahkan Hospital Phanom Dong Rak turut menjadi sasaran serangan oleh tentera Kemboja, menyebabkan beberapa orang awam tercedera.
Selain itu, beberapa video tular di media sosial memaparkan detik cemas warga tempatan menyelamatkan diri apabila kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand dipercayai terkena roket Kemboja.
Sutian Phiwchan, penduduk daerah Ban Dan di wilayah Buriram yang terletak berhampiran sempadan Kemboja, berkata kepada BBC bahawa beliau kini dalam proses memindahkan keluarganya ke tempat perlindungan.
“Keadaannya sangat serius. Kami sedang berpindah sekarang. Mereka melepaskan tembakan terus ke arah kawasan kediaman. Anak-anak dan semua orang sangat takut,” katanya dengan nada cemas.
Beliau turut mengesahkan bahawa serangan kali ini jauh lebih teruk berbanding sebelum ini kerana senjata berat turut digunakan, bukan sekadar senapang biasa.
Setakat ini, jumlah korban di Thailand telah meningkat kepada sembilan orang awam, menurut laporan terkini Tentera Diraja Thailand, manakala 14 lagi dilaporkan cedera.
BACA: Tentera Thailand, Kemboja Bertempur Di Sempadan
Sumber: BBC