Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kemuncak Hujan Meteor Quadrantids Bermula Lewat Malam Esok
Orang ramai berpeluang untuk melihat hujan Meteor Quadrantids yang dijangka mencapai kemuncak bermula lewat malam 3 Januari 2025 hingga awal pagi 4 Januari 2025.
Menerusi perkongsian Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di laman Facebook rasmi, fenomena tersebut berlaku antara 26 Disember 2024 hingga 16 Januari 2025 nanti.
Meteor Quadrantids juga terkenal dengan meteor bola api yang terang itu bakal dilihat pada tahap maksimum dengan purata 80 meteor setiap jam.
Tambah MYSA dalam kenyataan tersebut, penampakan hujan meteor berpotensi tinggi berikutan tiada gangguan dari Bulan Sabit Baru yang terbenam pada jam 10.26 malam sebelum waktu kemuncak.
Pertama, pastikan pencerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.
Kedua, cuba dapatkan pemandangan langit yang luas.
Ketiga, jauhi persekitaran yang bercahaya. Kawasan lebih gelap adalah lebih baik.
Keempat, sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.
Kelima, tidak perlu memfokuskan ke arah Bootes sahaja untuk melihat hujan meteor ini. Ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.
BACA: Wanita Dedah ‘Terpaksa’ Tanggung Bil Elektrik Cecah RM1 Juta
Hujan Meteor Quadrantids
Untuk info, Hujan Meteor Quadrantids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid yang dinamakan 2003 EH1.
Sebahagian daripada asteroid ini terurai menjadi serpihan debu dan habuk akibat kesan rekahan terma yang kuat dan seterusnya terserak ke dalam laluan orbitnya.
Asteroid dengan kelebaran 3 kilometer (km) ini mengambil masa kira-kira 5.5 tahun untuk mengorbit mengelilingi Matahari.
Perkataan Quadrantids ini merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Quadrans Muralis, sebuah buruj yang sudah tidak lagi digunakan.
Kawasan tersebut sekarang dikenali sebagai buruj Bootes dan hujan meteor ini turut dinamakan sebagai Bootids.
Walau bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.
Kebanyakan kemuncak hujan meteor berlaku selama kira-kira dua hari tetapi kemuncak hujan meteor Quadrantids ini hanya berlaku dalam masa beberapa jam sahaja kerana Bumi melintasi aliran zarah yang nipis tersebut secara bersudut serenjang (tegak lurus).
Sumber: MYSA