Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Kena Cuci Bersih,” Ramai Terkejut Tengok Peniaga Tunjuk Cacing Dalam Sotong 

Sofea
cacing dalam sotong
Kredit: TikTok sotongberkrimer

“Kena Cuci Bersih,” Ramai Terkejut Tengok Peniaga Tunjuk Cacing Dalam Sotong

Ramai tahu sotong kaya dengan protein dan dijadikan pelbagai hidangan sama ada digoreng, direbus dan dibakar. Tambahan pula, bila tibanya musim mencandat sotong, banyak sotong bersaiz besar yang dapat dinikmati oleh kita semua.

Cara menyiang sotong juga tidaklah serumit seperti ikan-ikan yang besar, buang dakwat hitamnya dan tulang yang memenuhi perut sotong terbabit. Jika bertuah, dapatlah juga merasa telurnya.

Namun, siapa sangka di dalam sotong juga kadang kala ada bendasing lain yang sememangnya perlu dibuang. Baru-baru ini seorang peniaga menasihatkan orang ramai untuk membersihkan sotong dengan betul kerana dia menemukan cacing halus di dalam haiwan laut itu.

BACA JUGA: Mufti Wilayah Beri Penjelasan Hukum Makan Dakwat Sotong

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @sotongberkrimer, peniaga terbabit menunjukkan cacing terbabit.

“Saya siang sotong 40kg sehari semua ada cacing, pastikan buang kelongsong cacing ini.

“99% ada dalam sotong buang bersih-bersih ya,” katanya.

Menerusi video terbabit, dia juga menunjukkan di mana cacing terbabit ‘bersembunyi’ iaitu di dalam tulang sotong.

“Ini (cacing) duduk dalam sotong, tapi dia tak duduk di hujung-hujung, dia duduk di tengah,” katanya sambil menunjukkan cacing terbabit.

Dalam video yang lain, peniaga itu sekali lagi menunjukkan di mana cacing terbabit. Dapat dilihat gumpalan cacing halus yang bergerak-gerak di tapak tangannya.

“Banyak kan? Sebab itu kena cuci bersih-bersih,” katanya

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat cacing terbabit kerana sebelum ini tidak pernah menemukannya. Malah mereka juga mungkin tertukar dengan telur sotong.

“Sepanjang siang sotong, tak pernah jumpa cacing sotong,” kata seorang netizen.

“Selalu sotong aku rebus makan sekali yang putih-putih tu, ingat telur sotong,” kata seorang lagi netizen.

“Bang tolong tunjuk perbezaan telur sotong dengan cacing ni please,” minta seorang netizen.

Sehingga kini, video terbabit telah mendapat lebih 2 juta tontonan di Tiktok.

Sumber: sotongberkrimer

BACA JUGA: Digelar Sotong Strawberi, Kenali Sotong Cantik Berbintik Persis Manik