Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kenali ‘Bir Tawil’, Wilayah ‘Tandus’ Tak Bertuan Dan Tidak Dituntut Mana-Mana Negara Di Dunia

Di antara negara Mesir dan Sudan, Afrika, terdapat sebahagian tanah berbentuk trapezoid yang tidak diakui oleh mana-mana negara ini. Tanah tidak bertuan ini dipanggil Bir Tawil.

Bir Tawil adalah satu-satunya wilayah selain Antartika yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara.

Wilayah berukuran 795 batu persegi ini dipenuhi padang pasir yang tandus dan gunung ganang yang tiada sumber daya alam. Ini menjadikan Bir Tawil sebagai tanah yang paling tidak diingini di dunia.

Walaupun tiada negara yang menginginkan Bir Tawil, tanah ini pernah diakui beberapa pihak.

Pada bulan Jun 2014, seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat, Jeremiah Heaton pernah memacak bendera dan menobatkan anak perempuannya sebagai puteri wilayah tersebut. Heaton menggelarkan Bir Tawil sebagai “Kerajaan Sudan Utara”.

Heaton, bersama keluarganya berharap kajian dilakukan terhadap tanah tersebut untuk memperbaik sistem pengurusan keselamatan makanan dunia dan server farm untuk pertukaran maklumat. Heaton mula menjual gelaran dan kewarganegaraan ‘negara’ tersebut kepada orang ramai.

Pada bulan Disember tahun yang sama, seorang lelaki berkebangsaan Rusia bernama Dmitry Zhikharev turut memperakui hak milik tanah tersebut dan menamakannya “Kerajaan Bumi Tengah”.

Tiga tahun kemudian, pada bulan November 2017, seorang pengaturcara komputer berasal dari India, Suyash Dixit, berkendara ke Bir Tawil dan memacakkan bendera di sana sambil disoroti media India.

Terbaru, pada tahun 2019, seorang wanita berketurunan Amerika-Lebanon, Nadera Awad Nasif membuat pengumuman di laman YouTube bahawa dia adalah Perdana Menteri wilayah tersebut dan menamakannya Kingdom of the Yellow Mountain atau “Kerajaan Gunung Kuning”.

Nasif berkata, kerajaan tersebut dirasmikan dalam sebuah sidang di Ukraine. Namun, berdasarkan penyataan yang dibacanya, banyak maklumat yang tidak disebutkan tentang kerajaan baharu tersebut.

Sehingga hari ini, Bir Tawil dilihat sebagai wilayah yang mungkin tidak akan diakui secara sah dalam beberapa tahun ke depan.

SUMBER: Medium