Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kenali Oksana Chusovitina Atlet Paling Tua Di Olimpik Tokyo, Cari Emas Ke-14 Di Usia 46 Tahun

Banyak perkara yang ‘menarik’ berlaku sepanjang acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini. Salah satunya adalah kisah seorang atlet gimnastik yang baru bertanding pada hari ini telah menarik perhatian ramai.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila seorang atlet gimnastik lagenda yang berasal dari Uzbekistan, Oksana Chusovitina yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada usia 46 tahun dan menjadi atlet tertua di temasya Olimpik kali ini

Kenali siapa Oksana Chusovitina ini?

Bermula sejak tahun 1991 pada usia 16 tahun, beliau telah membuat kejutan besar dalam Kejohanan Dunia gimnastik di Indiana di bawah Kesatuan Soviet ketika itu. Kisahnya bermula apabila sewaktu itu, beliau hanya menggantikan tempat rakanya yang cedera.

Tidak disangka, pada awalnya hanya untuk sebagai pengganti dalam pertandingan antarabangsa dan terus menyinar apabila bergelar bintang selepas memenangi pingat emas di arena sukan ini.

Walaupun usianya sudah lanjut untuk menguasai sukan ‘orang muda’ ini, namun Olimpik Tokyo kali ini menjadi yang terakhir untuknya sebelum bersara.

Merangkul 13 pingat emas di sukan Olimpik…

Sudah berada dalam sukan ini sejak 30 tahun lalu, beliau telah merangkul sebanyak 13 pingat emas di sukan Olimpik dan 9 pingat kejuaraan dunia. Pernah peroleh pingat perak semasa Olimpik Beijing pada tahun 2008.

Sekaligus beliau dinobatkan sebagai salah seorang atlet ‘top 10’ di dunia sepanjang kariernya ketika berusia 44 tahun.

Sekarang, tiba masanya untuk bersara dan menghabiskan masa bersama anak kesayangan yang kini mencecah usia 22 tahun di mana umur anaknya lebih tua berbadning bersaingnya di dunia sukan.

“Anak saya sudah berusia 22 tahun, saya ingin habiskan masa bersamanya. Saya ingin menjadi isteri dan ibu,” katanya.

Bagaimanapun, kejayaan sepanjang 30 tahun ini akan berakhir. Beliau mengharapkan warisannya dalam sukan ini akan terjamin.

Sumber: TheGuardian