Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Burung Unta Makan Batu Kecil
Kredit: AFP

Kenapa Burung Unta Makan Batu Kecil? Ini Penjelasannya

Athirah

Kenapa Burung Unta Makan Batu Kecil? Ini Penjelasannya

Umum sudah pun mengetahui bahawa burung unta merupakan spesis burung paling berat di dunia dan tidak memiliki kebolehan untuk terbang.

Walaupun begitu, burung unta memiliki kelebihan yang lain iaitu mampu berlari dengan sangat pantas dengan kelajuan boleh mencecah sehingga 70 km/j.

Namun begitu, ada fakta menarik tentang burung unta yang mungkin ramai tidak pernah tahu atau dengar.

Misalnya menerusi satu video tular di media sosial yang menunjukkan burung unta yang dibela telah diberi makan batu.

Aneh kan? Bukankah batu adalah objek pejal yang sangat keras dan tidak sesuai dimakan? Jadi, kenapa pula haiwan itu diberi makan batu?

Siapa sangka batu-batu kecil yang nampak biasa ini sebenarnya memegang rahsia penting dalam kehidupan haiwan tersebut.

Justeru kali ini, SK ingin berkongsi dengan pembaca semua fungsi dan manfaat batu-batu kerikil kepada burung unta.

Batu kerikil dapat mengisar makanan yang telah ditelan

Menurut portal Rock & Gem, proses atau tindakan haiwan makan batu ini dikenali sebagai Gastroliths. Ia bukan unik kepada burung unta semata-mata, sebaliknya turut ditemui dalam spesies haiwan yang lain.

Jadi, kenapa haiwan-haiwan ini termasuk burung unta makan batu?

Tumbuh-tumbuhan yang dimakan haiwan sebenarnya terdiri daripada selulosa. Ia merupakan bahan yang paling banyak ditemui dalam tumbuhan dan sukar untuk dicerna.

Apatah lagi, burung unta seperti burung-burung lain tidak mempunyai gigi untuk mengunyah tumbuhan yang dimakan menjadi halus sebelum ditelan.

Asid perut seperti yang ada dalam burung unta juga tidak dapat memecahkan selulosa dengan sempurna.

Jadi, batu-batu yang dimakan ini dapat membantu memecahkan selulosa di dalam hempedal, sebelum makanan dibawa ke organ perut untuk pencernaan.

Biasanya, makanan-makanan supleman untuk ternakan burung ada mengandungi grit, iaitu batu-batu kecil yang memiliki permukaan tidak rata dan bentuk tidak tetap.

Grit ini berfungsi untuk membantu memudahkan pencernaan makanan yang dimakan.

Membantu menghadam makanan dengan sempurna

Rock & Gem berkata, kajian mendapati antara satu perlima hingga separuh daripada kandungan perut burung unta adalah gastrolith.

Ia turut menyumbang kira-kira satu peratus daripada jumlah jisim di dalam badan haiwan tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa spesies mamalia memang telah didokumentasikan sebagai pemakan batu.

BACA: Sangka Hilang Ketika Berburu, Rupa-rupanya Bercuti Bersama Wanita Lain

Sumber: Rock & Gem