Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kenapa EV Tiada 'Resale Value' Yang Baik?
Isu resale value atau nilai jualan semula selalu menjadi perdebatan netizen jika ada model baru dilancarkan.
Perdebatan ini semakin hangat sekiranya ia melibatkan model kereta elektrik (EV) yang semakin mendapat tempat di pasaran domestik dan global.
Ramai yang kata EV tiada resale value, ada yang gelarnya sebagai kereta pakai buang, hari ini SK nak kongsi antara punca resale value EV menyusut begitu pantas.
Teknologi EV berkembang dengan sangat panta, lebih pantas dari kereta ICE dan EV yang baru dilancarkan 2-3 tahun lepas jadi tak selera nak pandang hari ini.
Ini kerana model-model baru yang datang dalam segmen yang sama tumbuh bagai cendawan dengan rekaan dan teknologi yang lebih segar.
Berbeza dengan kereta ICE, ambil masa yang lama untuk sesebuah model nampak lapuk ditelan zaman.
Tapi teknologi apa yang pantas? Bateri tahan lasak, mengecas lebih pantas, jarak pemanduan lebih jauh dan banyak lagi.
Ini antara punca EV terpakai tidak laku di pasaran kerana orang ramai takut nak beli EV walaupun mileage masih rendah dan masih dilindungi waranti.
Walaupun kos menukar sebuah bateri EV semakin hari semakin turun namun waktu ini ia masih mahal untuk rakyat Malaysia.
Sebab ini juga Perodua memperkenalkan skim langganan bateri untuk model QV-E mereka tapi ia sukar diterima orang ramai.
Ramai menolak untuk beli kereta EV terpakai kerana lebih baik beli yang baru sebab harganya yang berpatutan.
Boleh dapat kereta baharu, boleh koyak plastik, dapat warranti yang baharu dan tak perlu risau tentang kesihatan bateri.
Bayangkan ketika ini, rakyat Malaysia boleh membeli sebuah EV serendah RM60,000 sahaja. Buat apa beli second-hand?
Begitulah serba sedikit antara punca kereta elektrik tidak memiliki nilai jualan semula yang baik di pasaran dan kedai kereta terpakai pun tak semua berani beli dari tangan pertama.
Namun, suka atau tidak EV adalah masa depan dan mungkin sampai satu masa nanti, kereta ICE tidak lagi banyak di atas jalan raya.
Semiga bermanfaat.