Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kenapa Kau Tak Pernah Cakap”, Saiful Apek Kongsi Kisah Pertama Kali Dapat Tahu Siapa Kakak Korie GV12

Fazidi

“Kenapa Kau Tak Pernah Cakap”, Saiful Apek Kongsi Kisah Pertama Kali Dapat Tahu Siapa Kakak Korie GV12

Program Gegar Vaganza (GV) yang sudah memasuki musim ke-12 menjadi antara rancangan televisyen yang sering dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

Selain barisan artis berpengalaman yang ditampilkan, GV turut menyajikan pelbagai cerita belakang tabir yang sangat mengujakan untuk dikongsikan dengan orang ramai.

Tindak ketinggalan kisah menarik melibatkan salah seorang pesert GV12, Korie yang rupa-rupanya adalah adik kepada penyanyi tersohor berstatus legenda hidup tanah air.

Cerita tersebut dikongsikan oleh selebriti serba boleh, Saiful Apek menerusi satu video yang menjadi tular di platform TikTok sejak semalam.

Menurut Saiful, beliau sudah lama mengenali Korie sejak sebelum menjadi artis lagi dan sering berkunjung ke rumah peserta GV12 itu sebelum ini.

Malah, beliau turut mempunyai hubungan yang agak mesra dengan arwah ayah kepada Korie kerana sering bertegur sapa dengan Allahyarham setiap kali datang menziarahi sahabatnya itu.

Sehinggalah suatu hari ketika berada di rumah Korie, beliau melihat begitu banyak gambar dan anugerah platinum melibatkan seorang penyanyi wanita yang beliau kenali digantungkan di dinding rumah Korie.

“Eh, ini bukan Ella ke? Minat betul Korie dengan Ella ni,” fikir Saiful ketika itu.

Ketika itu, Saiful juga tertanya-tanya bagaimana Korie boleh mendapatkan semua barang eksklusif Ratu Rock tanah air itu untuk disimpan dirumahnya.

Tiba-tiba dan tidak disangka-sangka, Ellah kemudian keluar daripada satu ruang rumah dan terus menyapa Saiful.

“Hai, kawan Korie eh,” satu teguran yang menambah rasa terkejut dalam diri Saiful dan menimbulkan lebih banyak pertanyaan dalam dirinya.

Beliau mula menyedari bahawa sebenarnya Korie dan Ella mungkin mempunyai hubungan persaudaraan yang rapat.

Perkara itu terus ditanyakan kepada Korie yang kemudiannya mengakui dia adalah adik kepada Ella.

“Kenapa kau tak pernah cakap siapa kakak kau ni” tanya Saiful kepada Korie dalam keadaan masih terkejut.

Menurut Saiful, itu adalah antara kisah menarik yang beliau ingat sehingga ke saat ini sejak mengenali Korie.

Dalam video TikTok itu juga, Saiful menjelaskan bahawa beliau memahami mengapa Korie tidak pernah berkongsi hubungan dengan Ella itu kepadanya sebelum ini.

“Yelah, betul juga apa yang dia cakap. Takkan la Korie nak pergi cakap satu dunia “Ella kakak aku, Ella kakak aku” memang tak logiklah,” kata Saiful.

Bagi Saiful, detik-detik seperti itu membuatkan hubungan persahabatan mereka menjadi lebih rapat sehingga ke hari ini.

“Bila kita tengok papan tanda “Artist Only”, “No Entry” kita dah tak takut dah. Kita bawa kakak dia, kita escort kakak dia. Kami jadi chauffeur dia, escort, bodyguard semua kami.

“Itulah pengalaman kami semasa di Star dulu.”

BACA: Petronas Nafi Dakwaan Jadi Penaja Utama Liga Bola Sepak Bangladesh

Sumber: TikTok gitugitu. empire