Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Jauh perjalanan banyak pengalaman. Bagi pengembara dua roda, Mohd Kharbi yang sering berbasikal merantau ke pelosok dunia, pastinya banyak pengalaman dan kenangan yang boleh dikongsikan ke anak cucunya nanti. Ada yang pahit, manis dan tak kurang pula ada yang mencuit hati.
Baru-baru ini, beliau berkongsi kisah melucukan di mana dia telah tersilap masuk ke rumah orang yang disangkakan sebuah kedai makan.
Semuanya kerana terlalu penat dan lapar setelah mengayuh lebih 70 kilometer dalam keadaan perut kosong. Jom baca perkongsiannya.

Tambah Mohd Kharbi, dia menyangka rumah itu merupakan kedai makan gara-gara susunannya yang mempunyai ruang makan terbuka lengkap bersama meja makan seperti di gerai makan.
Lebih memalukan, wanita warga emas di situ siap menyendukkan nasi buatnya. Betul-betul macam layanan di kedai.


Sumber: Mohd Kharbi