Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kenderaan Barangan Dilarang
Kredit: Bernama

Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya Pada 29 & 30 Mac, 5 & 6 April

Athirah

Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya Pada 29 & 30 Mac, 5 & 6 April

SEMENYIH, 10 Mac (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata larangan itu berkuat kuasa pada 29 dan 30 Mac, iaitu sebelum Hari Raya serta 5 dan 6 April (selepas perayaan).

Beliau berkata larangan itu dilaksanakan mengambil kira peningkatan trafik ketara bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman, selain mengurangkan risiko nahas jalan raya.

“Kementerian Pengangkutan dan JPJ ingin mengingatkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan barangan supaya mematuhi larangan pemanduan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas program Operasi Khas JPJ dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anggota Penguatkuasa JPJ di Stesen Penguatkuasa JPJ Semenyih hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

Loke berkata kenderaan barangan yang gagal mematuhi larangan berkenaan akan dikenakan tindakan kompaun RM300 atau denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam ucapannya, Loke berkata hasil penguatkuasaan dan operasi khas sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini berjaya menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 10 peratus kepada 7,882 kemalangan berbanding 8,784 tahun lepas.

Beliau berkata sebagai usaha berterusan kementerian dan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di musim perayaan, Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 akan dilaksanakan bermula 24 Mac hingga 8 April di seluruh negara.

Beliau berkata operasi tersebut akan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan atau undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu.

“Laporkan sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas sepanjang musim perayaan melalui aplikasi MyJPJ menu e-Aduan@jpj atau melalui e-mel rasmi aduan JPJ aduantrafik@jpj.gov.my,” katanya.

BACA: Liverpool Umum Jalin Kerjasama Lagi Dengan Adidas

BACA: Asap Hitam Berkepul-kepul, Pesawat Terhempas Di Kawasan Perumahan

Sumber: Bernama