Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Brek yang bagus memberikan kesan yang cukup besar terhadap keselamatan terutamanya di atas jalan raya. Brek berfungsi untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan. Namun, perlu diingat brek merupakan komponen terpenting bagi sesebuah kenderaan.
Pun begitu, brek juga akan mengalami beberapa masalah antaranya brek telah haus atau dengan lebih difahami iaitu kurang berfungsi.
Semakin kerap memandu, maka semakin cepat proses kehausan berlaku. Jadi, untuk keselamatan, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui jika brek kereta anda perlu diperiksa. Berikut perkongsian JPJ Malaysia:
1. Terdengar bunyi Kedengaran bunyi nyaring, bergeser atau ketukan ketika menekan brek.
2. Tidak seimbang Kenderaan hilang imbangan seperti di tarik ke bahagian kiri atau kanan jalan apabila menekan brek.
3. Pedal rendah Pedal brek mencecah ke lantai apabila menekan brek.
4. Pedal tinggi
Pedal brek keras dan perlu menekan brek dengan kuat.
5. Kurang cengkaman Jarak kenderaan anda untuk berhenti semakin bertambah.
6. Bergetar Stereng dan pedal brek bergetar setiap kali menekan brek.
7. Bau terbakar Akan terhidu bau seperti terbakar di bahagian belakang kenderaan.
8. Lampu amaran Lampu brek akan menyala pada papan pemuka kenderaan.
Sumber : JPJ Malaysia