Petaling Jaya, 30 Ogos 2026 — Selepas mencuri perhatian ramai ketika kunjungannya awal tahun ini, Eucerin Presenter, Kwong Ling Ling, kembali ke Malaysia untuk bertemu semula bersama para peminat dan menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan mereka. Kunjungan kali ini turut meraikan hubungan istimewa yang terjalin antara Kwong Ling Ling dan rakyat Malaysia menerusi rangkaian Eucerin Spotless Brightening.
Rutin Kwong Ling Ling Bersama Eucerin Tak Berubah
Dengan jadual yang semakin sibuk dan pelbagai perubahan dalam kehidupan Kwong Ling Ling, ada perkara yang tidak berubah, termasuk rutin penjagaan kulit yang dipercayainya. “Sejak kebelakangan ini, saya memang sangat sibuk dan setiap hari terasa berbeza. Namun, saya percaya setiap daripada kita mempunyai perkara yang tidak berubah dan kekal menjadi sebahagian daripada identiti diri. Bagi saya, antaranya kecintaan terhadap fesyen dan rutin penjagaan kulit. Apabila sesuatu telah terbukti dan mendapat kepercayaan kita, tiada sebab untuk menukarnya. Itulah sebabnya Eucerin Spotless Brightening terus menjadi sebahagian daripada rutin harian saya,” kongsi Kwong Ling Ling, Eucerin Presenter.

“Ramai ingat bila dah nampak kesan, tidak apa kalau sekali sekala tak menggunakan produk penjagaan kulit. Tapi penggunaan secara konsisten penting untuk mengekalkan hasil tersebut. Kajian klinikal menunjukkan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum membantu mengurangkan penampilan bintik hitam seawal dua minggu, dengan sehingga 98% pengurangan bintik hitam yang degil,” kata Pakar Perunding Dermatologi, Dr. Benji Teoh.
Dikuasakan oleh bahan aktif berpaten Thiamidol, Spotless Brightening Booster Serum merupakan Penyelesaian No. 1 Eucerin Untuk Bintik Hitam yang menyasarkan melanin pada puncanya bagi membantu mengatasi bintik hitam secara menyeluruh, termasuk pigmentasi yang kelihatan dan tersembunyi.
Melengkapkan rutin ini ialah Spotless Brightening Boosting Essence, esen yang bertekstur ringan, cepat meresap dan tidak melekit serta memberikan hidrasi segera untuk kulit tampak lebih cerah dan licin. Digunakan bersama Spotless Brightening Booster Serum, kedua duanya membentuk rutin ringkas dan berkesan untuk mengekalkan kulit yang lebih cerah melalui penggunaan konsisten setiap hari.
“Di Eucerin, kami percaya kepercayaan dibina melalui hasil yang dapat dilihat dan dirasai. Selama lebih 120 tahun, kami kekal komited dalam memajukan penjagaan kulit dermatologi yang membantu pengguna menjaga kulit dengan yakin. Perjalanan Kwong Ling Ling mencerminkan prinsip yang sama, apabila sesuatu terbukti berkesan, konsistensi menjadi satu kebiasaan,” kata Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr. Christopher Vierhaus.
Hari ini, Eucerin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai Jenama Penjagaan Wajah Derma No.1 di Malaysia, dengan menggabungkan inovasi sains termaju dan penyelesaian penjagaan kulit yang terbukti secara klinikal untuk membantu pengguna memperoleh kulit yang lebih sihat dan tampak lebih berseri.

Selain meraikan inovasi penjagaan kulit, siri jelajah Eucerin Spotless Brightening turut menjadi tanda penghargaan Eucerin kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan berterusan. Menerusi barangan eksklusif edisi terhad yang dihasilkan bersama Kwong Ling Ling, pengalaman yang lebih menarik untuk pengguna serta sesi penghargaan khas peminat, Eucerin bukan sahaja mendekatkan peminat dengan Ling Ling, malah memberi lebih banyak sebab untuk diraikan bersama. Acara ini turut mencerminkan kepercayaan yang terjalin antara Kwong Ling Ling, Eucerin dan pengguna Malaysia, bukan sahaja melalui detik bermakna, tetapi juga produk yang terus memberikan hasil.
Rangkaian Eucerin Spotless Brightening boleh didapati di semua cawangan Watsons dan farmasi di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian Eucerin Spotless Brightening, layari https://www.eucerin.my/products/spotless-brightening/dual-serum.
