Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kerajaan Kecam Tindakan Muat Naik Gambar Pijak Al-Quran - Fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan mengecam sekerasnya-kerasnya insiden melibatkan individu yang memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads.
Fahmi dalam satu kenyataan berkata perbuatan tersebut merupakan tindakan biadab, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Saya telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pada masa sama, MCMC akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan yang menyeluruh dan tanpa kompromi, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.
Tambahnya lagi, sebarang perlakuan menyentuh sensitiviti agama dan mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali.