Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kerajaan Negeri Benarkan Rakyat Kelantan Mendulang Emas
Kerajaan Kelantan bakal membenarkan rakyat negeri itu melombong emas menggunakan kaedah mendulang.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, lesen juga akan diberikan mengikut syarat-syarat tertentu bagi tujuan rekod dan keselamatan.
“Kerajaan bercadang untuk membenarkan rakyat mengusahakan perlombongan emas menggunakan kaedah mendulang. Kerajaan juga akan memberikan lesen kepada rakyat bertujuan untuk rekod dan menjaga keselamatan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan, langkah pemberian lesen itu juga bertujuan memastikan aktiviti mendulang tidak menjejaskan alam sekitar.
Beliau berkata demikian semasa penggulungan Belanjawan Kelantan 2026 dalam Persidangan Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
Dr. Mohamed Fadzli turut mengingatkan rakyat agar tidak menceroboh kawasan perlombongan milik syarikat atau individu lain.
“Teruskan mendulang atas tanah kerajaan, jangan menceroboh kawasan yang telah diberikan kepada syarikat atau mana-mana pihak,” tambah beliau.
Menurutnya, inisiatif itu merupakan berita gembira buat rakyat Kelantan kerana mereka kini berpeluang mendapatkan hasil secara sah daripada khazanah negeri sendiri.
BACA: Ahmad Maslan Terima PhD Dalam Bidang Komunikasi Pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-38
Sumber: Kelantan TV