Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerjasama PH-BN Hadapi PRN Melaka Dijangka Diputuskan Sebelum 16 Sept - Amirudin

Kerjasama PH-BN
Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 27 Ogos (Bernama) -- Hala tuju kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diputuskan sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini, kata Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor itu berkata perbincangan mengenai kerjasama tersebut masih di peringkat awal dan keputusan muktamad perlu dipersetujui di peringkat PH serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya rasa sebelum Hari Malaysia, kita mungkin dah ada bayangan untuk maju ke depan atau melangkah ke depan dalam berhadapan Pilihan Raya Negeri Melaka,” katanya selepas sidang media sempena Festival Turath Islami Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. Amirudin berkata satu daripada sesi perbincangan berhubung perkara itu dijangka berlangsung minggu ini bagi melihat perkembangan rundingan berkenaan.

“Masih lagi di tahap eksplorasi awal yang kita belum boleh putuskan. Tapi saya perlu juga melapor di peringkat PH dan peringkat parti Keadilan (PKR) untuk memuktamadkan kalau ada persepakatan,” katanya.

Beliau berkata pengalaman PH dan BN bekerjasama serta bertembung dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini turut menjadi asas dalam mencari penyelesaian terbaik bagi PRN Melaka.

“Kita pernah bekerjasama dengan BN sebagai satu gabungan dalam PRN, kita pernah bertembung di Johor, bertembung di Negeri Sembilan, dan bekerjasama dengan rapat di Sabah.

“Semua pengalaman itu kita kumpulkan untuk memberikan manfaat kepada semua,” katanya.

Semalam, Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil dilaporkan berkata PH mempunyai jadual dan garis masa tersendiri dalam membincangkan persiapan menghadapi

Sumber:BERNAMA