Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kes Positif Sekolah Seri Puteri Meningkat 73 Kes – Khairy

Gambar hiasan via Bernama

Sebanyak 73 kes positif COVID-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya setakat ini, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut perkongsian Khairy di Twitter, 71 kes positif daripadanya adalah pelajar, manakala dua lagi melibatkan guru.

Difahamkan, 65 pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS, Serdang.

Menurutnya lagi, semua kes adalah daripada kategori 1 dan 2 serta kesemuanya dilapor dalam keadaan stabil.

Untuk rekod, sebanyak 451 saringan dijalankan melibatkan 13 guru, seorang petugas serta 437 pelajar.

Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin melaporkan kes positif COVID-19 di sekolah tersebut adalah sebanyak 65 kes.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin