Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Zara Qairina ikut undang saifuddin
Gambar: Bernama

Kes Zara Qairina: Kebenaran Dan Keadilan Mesti Ikut Undang-Undang – Saifuddin Nasution

Iqbal Yasir

Kes Zara Qairina: Kebenaran Dan Keadilan Mesti Ikut Undang-Undang – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA, 20 Ogos (Bernama) — Kebenaran dan keadilan dalam kes yang melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir mesti ditegakkan sepenuhnya mengikut undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kebenaran dan keadilan kepada mangsa, tidak boleh ditentukan menerusi perbualan di media sosial atau pendapat umum.

“Kita yang menganjurkan siri demonstrasi, nak cari apa? Nak cari kebenaran. Nak tegakkan keadilan. Jadi apa cara dia? Mesti mengikut lunas hukum dan undang-undang. Kebenaran tak boleh dibuat dengan telan bulat-bulat apa yang doktor patologi yang kita tangkap semalam sebut, (atau percaya) dengan cikgu yang buat teori kata Zara dibunuh, didera dengan mesin basuh.

“Kebenaran dan keadilan mesti melalui proses siasatan undang-undang. Siapa yang paling autoriti untuk buat siasatan undang-undang? Polis, dan itulah yang kita buat,” katanya pada media selepas Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Majlis Perhimpunan Bulanan KDN Bagi Bulan Ogos 2025, di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pihaknya sedar banyak khabar angin yang tersebar mengenai kematian itu dan ia tidak akan berhenti.

Beliau berkata biarpun beliau telah berkongsi laporan siasatan mengenai kes itu di Dewan Rakyat semalam namun, fitnah dan berita palsu akan terus tersebar.

Saifuddin Nasution berkata setakat ini, sebanyak 195 keterangan saksi telah diambil bagi memastikan siasatan benar-benar lengkap dan menyeluruh.

“Tentunya kita mengambil sedikit masa untuk betul-betul kemas kini dan itulah yang kita serahkan pada hari Isnin lepas yang membawa kepada Jabatan Peguam Negara kemudiannya membuat pengumuman (lima remaja bawah umur didakwa di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu hari ini).

“Jadi itu proses yang saya maksudkan, bahawa polis bertindak mesti mengikut lunas undang-undang untuk tujuan mencari kebenaran dan keadilan,” katanya.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.

Sumber: Bernama