Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kesatuan Pekerja Hyundai Lancar Mogok Tiga Hari

HYUNDAI
Kredit: AFP

Kesatuan Pekerja Hyundai Lancar Mogok Tiga Hari

Kesatuan pekerja Hyundai Motor memulakan mogok separa selama tiga hari bermula hari ini selepas rundingan gaji dengan pihak pengurusan gagal mencapai persetujuan, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan pengeluaran di syarikat automotif terbesar Korea Selatan itu.

Menurut laporan The Korea Times, pekerja bagi syif siang dan malam masing-masing akan menghentikan operasi selama dua jam setiap hari bermula Isnin hingga Rabu susulan kegagalan kedua-dua pihak memeterai perjanjian perundingan bersama.

Mogok itu merupakan tindakan pertama yang dilancarkan kesatuan pekerja Hyundai pada tahun ini dan tahun kedua berturut-turut syarikat berdepan tindakan sedemikian.

Menurut laporan itu, pihak pengurusan dan kesatuan pekerja telah mengadakan sebanyak 15 pusingan rundingan gaji sepanjang tahun ini, namun masih gagal mencapai kata sepakat berhubung kadar kenaikan gaji.

Hyundai dilaporkan menawarkan kenaikan gaji asas bulanan sebanyak 80,000 won (kira-kira AS$53.20) selain bonus prestasi bersamaan 350 peratus daripada gaji bulanan, tambahan 10 juta won serta 15 unit saham syarikat.

Bagaimanapun, kesatuan pekerja dilaporkan menuntut kenaikan gaji yang lebih tinggi selain bayaran berasaskan prestasi bersamaan 30 peratus daripada keuntungan bersih syarikat bagi tahun lalu.