Rata-rata pencinta kucing selalunya membela kucing mereka di dalam rumah. Malah ada juga yang beri sedikit kebebasan kepada kucing belaan untuk ‘ambil angin’ di luar dan kemudian kembali semula ke rumah.
Tapi lain pulak dengan kucing jalanan ni, siap ada rumah sendiri lengkap dengan alamat lagi.
Baru-baru ini, tular video yang dimuatnaik melalui akaun TikTok @pamellalah, menunjukkan sebuah rumah kucing jalanan di daerah Subang Jaya, Selangor. Video tersebut mendapat 120 ribu tontonan di TikTok setakat ini.
Rumah comel yang ‘berpenghuni’ ni diterapkan ciri tradisional ala-ala rumah kampung, siap ada nama dan alamat rumah.
Dalam video yang diunggah Pamella ini, terlihat seekor kucing hitam putih sedang duduk santai di dalam rumah yang memang ngam-ngam saiz dia.
Di ruangan komen, pengunggah video ini turut tertanya-tanya, siapakah empunya badan yang membina rumah untuk kucing jalanan ni.

Persoalannya terjawab bila seorang wanita yang dikenali sebagai Hara Rashid, mengaku bahawa ayahnya yang membina rumah kecil untuk kucing jalanan yang diberi nama Luffy.

Tulis Hara, kucing tersebut asalnya cuma berteduh di bawah payung rosak, beralaskan kotak polistren. Lalu ayahnya membuat sebuah rumah ‘mini’ untuk Luffy, menggunakan kayu terpakai dan cat dari ihsan jiran-jiran.
Malah Luffy pun ada house mate, iaitu kucing hitam putih bernama Jaacob dalam video pertama tadi.
Sumber: TikTok @pamellalah, @hararshd
