Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus komited memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada peluang pekerjaan berkualiti melalui ekosistem pasaran buruh yang lebih responsif, inklusif dan berdaya tahan selaras dengan visi Malaysia MADANI.
Sehingga 30 Jun 2026, sebanyak 668,321 kekosongan jawatan telah diiklankan menerusi MYFutureJobs kendalian PERKESO, dengan 96,700 peluang pekerjaan masih aktif untuk dimohon oleh rakyat Malaysia. Statistik ini membuktikan bahawa peluang pekerjaan terus tersedia merentasi pelbagai sektor dan tahap kemahiran.
Oleh itu, melalui PERKESO dan platfom MYFutureJobs, Kerajaan MADANI menyediakan sokongan menyeluruh, termasuk padanan pekerjaan, kaunseling kerjaya, semakan resume, persediaan temu duga serta program latihan semula dan peningkatan kemahiran, bagi membantu pencari kerja kembali bekerja dengan lebih pantas.
Daripada 96,700 peluang pekerjaan aktif, hampir 40% terdiri daripada pekerjaan berkemahiran tinggi, lebih 30% melibatkan sektor TVET. Manakala hampir 20% menawarkan gaji melebihi RM5,000 sebulan, mencerminkan permintaan tinggi industri terhadap bakat tempatan.
Selain platform digital, Kerajaan MADANI melalui PERKESO turut memperluaskan akses kepada peluang pekerjaan menerusi penganjuran Karnival Kerjaya MYFutureJobs di seluruh negara sebagai antara inisiatif memperkasakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sepanjang Januari hingga Mei 2026, 2,989 program telah dianjurkan melibatkan 86,594 pencari kerja, dengan 14,029 individu berjaya mendapat pekerjaan dan 15,809 lagi dipanggil ke peringkat temu duga seterusnya. Kerajaan MADANI melalui PERKESO juga menyediakan Bantuan Mobiliti sehingga RM1,000 bagi membantu pencari kerja yang perlu berpindah untuk memulakan pekerjaan baharu.
KESUMA melalui PERKESO akan terus memperkukuh kerjasama bersama majikan dan pemain industri bagi memastikan lebih ramai rakyat memperoleh pekerjaan berkualiti, meningkatkan kemahiran serta membina kerjaya yang mampan. Saya menggalakkan semua rakyat yang sedang mencari pekerjaan atau ingin bertukar kerjaya untuk memanfaatkan platform MYFutureJobs sebagai pintu masuk kepada peluang yang lebih baik.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan